Sunday, July 18, 2010

Peristiwa Ketika Suroqah Mengejar Rasulullah SAW


Sekadar hiasan



Apabila orang-orang kafir tidak menjumpai Rasulullah SAW di rumahnya, maka merekapun mengadakan perbincangan selama tiga hari. Setelah dapat kata sepakat merekapun keluar mencari Rasulullah SAW. Dan mereka utus orang yang bernama Suroqah untuk mengejar Nabi ke kota Madinah.

Tanpa membuang masa lagi Suroqah segera pergi mengejar Rasulullah sehinggalah ia dapat mengejar baginda Rasul dan Saidina Abu Bakar ra. Apabila Saidina Abu Bakar mengetahui Soroqah mengejar mereka, lalu Saidina Abu Bakar dengan perasaan sangat risau ia berkata: " Ya Rasulullah! Soroqah bin Malik dapat mengejar kita ". Ketika itu Suroqah bin Malik adalah seorang Arab yang sangat berani dan ditakuti semua orang.

Rasulullah SAW menjawab kata-kata Saidina Abu Bakar ra dengan penuh ketenangan dan sedikitpun tidak merasa gentar, beliau berkata: " Janganlah engkau merasa dukacita".

Apabila Soroqah telah dekat kepada mereka, dengan sombongnya ia berkata: " Wahai Muhammad! Siapakah yang dapat menyelamatkan dirimu pada hari ini daripada tanganku ".

Mendengar kata-kata yang sombong itu sedikitpun Rasulullah SAW tidak merasa gentar, malah dengan penuh wibawa baginda berkata: " Yang menyelamatkan kami daripada kejahatanmu adalah Yang Maha Mulia, lagi Maha melindungi, lagi Maha Esa dan Maha Gagah ".

Ketika itu turunlah malaikat Jibril atas perintah Allah SWT untuk melindungi baginda Rasul, ia berkata: " Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah berpesan padamu bahawa bumi dijadikan tunduk dan patuh kepada perintahmu , maka perintahkanlah apa sahaja yang engkau kehendaki ".

Setelah Rasulullah SAW menerima pesan daripada Allah itu, lalu beliau bersabda pada bumi: " Wahai bumi, tenggelamkanlah ia!". Maka bumi segera menenggelamkan kaki kuda Suroqah sebatas dua lututnya , maka Soroqah tidak dapat bergerak maju ke hadapan. Ia memaksa kudanya untuk maju ke hadapan, tetapi sedikitpun kudanya tidak dapat bergerak. Oleh kerana ia tidak dapat bergerak, lalu ia berkata, " Wahai Muhammad! Demi kemuliaan Uzzaa (Nama berhala) Selamatkanlah aku; Jika engkau selamatkan aku, maka aku akan berbaik-baik denganmu dan tidak akan memusuhimu ".

Kemudian Rasulullah SAW berdoa . Setelah itu bumipun melepaskan kaki kuda Suroqah yang terpacak ke dalam tanah.

Tersebut di dalam tafsir, bahawasanya kaki kuda Suroqah bin Malik terpacak dalam tanah sebanyak tujuh kali, sebab ia mengingkari janjinya. Apabila ia telah terselamat daripada bumi maka ia berniat untuk membunuh Nabi, kemudian bumipun meneggelamkan kaki kudanya. Hinggalah pada kali ke lapan, barulah ia benar-benar taubat dan memberikan sekalian anak panahnya kepada baginda Rasul SAW . Selepas itu ia berkata: " Wahai Muhammad, aku mempunyai banyak unta dan binatang ternak yang lainnya, di dalam perjalananmu nanti, maka sampaikanlah pada penggembala-penggemabal ternakku dan ambillah daripada mereka berapa sahaja yang engkau mahu ".

Jawab baginda Nabi: " Wahai Suroqah! Jika engkau tidak suka denagn agama Islam, maka akupun tidak suka dengan hartamu dan sekalian binatang ternakmu ".

Kata Suroqah pula: " Wahai Muhammad! Sesungguhnya selagi akan nyata risalah yang engkau bawa pada seluruh alam, dan engkau akan jadi raja pada sekalian manusia. Aku berjanji, jika satu masa nanti aku datang pada hari engkau menjadi raja, maka muliakanlah daku ".

Setelah itu Rasulullah SAW mengambil sebuah tembikar (pinggan daripada tanah), kemudian memberikan tanda pada tembikar tersebut, lalu diberikannya pada Suroqah seraya berkata: " Wahai Suroqah inilah tanda bukti janjiku padamu ".

Kemudian Suroqah berkata: " Wahai Muhammad,! Mintalah pada daku satu hajat yang dapat daku tunaikan ".

Jawab baginda Nabi, " Wahai Suroqah! Aku berhajat supaya engkau tahanlah askar-askar Quraisy yang mengejarku ".

Setelah itu Suroqah tidak banyak bertanya dan segera pergi kepada kumpulan orang-orang kafir yang dipimpin Abu Jahal. Apabila ia telah sampai kepada mereka segera ia menemui Abu Jahal dan berkata kepadanya, " Wahai Abal Hakam (gelaran Abu jahal), MUhammad tidak lalu ikut jalan ini ".

Berkata Abu Jahal, " Aku kira engkau telah melihatnya, cubalah ceritakan pada kami ".

Jawab Suroqah dengan kata-kata yang berbentuk syair. Depan kaki kudaku terbenam ketika hendak maju ke hadapan.

" Aku telah menyaksikannya bahwa Muhammad adalah Rasul dengan bukti-bukti nyata, mengapakah kita tidak memuliakannya?

Maka sesungguhnya aku diutus kepadamu untuk menegahkan manusia daripada mengejarnya.

SATU HARI NANTI SATU ALAM AKAN MELIHAT KEKUASAAN TUHANNYA!!! ".

No comments:

Post a Comment