Monday, July 19, 2010

Jangan Mengembara seorang Diri Sahaja


Dalam syariat Muhammad dibolehkan berperang dan berjuang. Dalam syariat Isa diutamakan menyelamatkan diri dan lari ke gua-gua dan gunung. Sunnah itulah jalan yang paling selamat. Orang-orang Mukmin itulah rakan sepengembaraan yang paling baik.

Jalan menuju Allah itu penuh halangan dan bahaya. Jalan ini bukan untuk orang yang berjiwa lemah. Di jalan ini jiwa manusia dicubai dengan kesusahan dan kesakitan.

Jika kamu berjalan sendirian mungkin kamu selamat tetapi kamu tidak akan merasa kesenangan batin. Ibarat seekor keldai , meskipun tahan susah , perlu juga rakan dalam perjalanannya supaya ia lebih selamat.

Alangkah deritanya mengembara sendirian menempuh padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, dengarlah nasihat ini, " JANGAN MENGEMBARA SEORANG DIRI SAHAJA ".

- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi.

No comments:

Post a Comment