Monday, July 19, 2010

Mendengar Dan Merasa

Telinga itu pengantara
Mata itu menyatukan Yang Cinta dengan Yang Dicinta
Mata itu punyai berkat sebenarnya
Telinga hanya mendengar kata-kata

Mendengar hanya dapat mengetahui sifat
Mengetahui sifat dalam fikiran kita
Melihat dapat mengetahui zat
Mengetahui zat dalam fikiran kita

Kalau pengetahuan tentang api hanya dari kata-kata
Cubalah pula api itu dirasa
Tidak ada keyakinan hingga anda terbakar olehnya
Jika ada hendak keyakinan itu, duduklah dalam api, wahai saudara

Apabila telingamu halus dan seni, ia jadi mata
Jika tidak, kata-kata itu jadi kusut dan tidak sampai ke jiwa
Hendak mencapai keyakinan, perlu dirasa
Bukan hanya didengar kata-kata sahaja.

- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi.


Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: "Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." lelaki itu berkata: " Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang iman. " Baginda s.a.w bersabda: " Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan burukNya. " Lelaki itu berkata: " Benarlah kamu! "

Dia berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang IHSAN. " Baginda s.a.w menjawap: "bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu. "

Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang kiamat. " Baginda menjawab: " Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. " Baginda menjawap: " Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. " Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu. " Aku menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui. " Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab ' Iman ' Hadis nombor 8.

No comments:

Post a Comment