Thursday, July 22, 2010

Dunia dan Masa


Setiap saat anda mati dan kembali
'Dunia ini hanya seketika' kata Nabi
Khayalan kita ibarat anak panah
Yang dipanahkan oleh Tuhan Segala

Bagaimana anak panah tetap di udara
Ia sentiasa menuju sasarannya
Kita pun menuju matlamatnya
Kembali pada Yang Maha Esa

Setiap saat dunia diperbaharui
Kita tak sedar ianya bertukar ganti
Hari demi hari
Saat demi saat tanpa henti

Kerana cepat ia kelihatan berterusan
Umpama puntung api dipusingkan di tangan
Masa dan waktu adalah kejadian
Disebabkan oleh cepatnya Tindakan Ketuhanan

- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi

No comments:

Post a Comment