Monday, July 19, 2010

Lebih bahaya Syiah atau Lebih Bahaya Orang Yang Membenci Ahlul Bait (sedikit penambahan)


Ditulis : Hasdi

* Maaf, Sedikit mencelah. Ada sesetengah pihak yang begitu phobia dengan perkataan 'Ahlul Bait'. Kerana perkataan ini sering digunapakai oleh pihak Syiah, maka bagi mereka yang terlalu sensitif dengan perkataan ini, maka patutlah kita ketahui bahawa perkataan 'Ahlul Bait' ini membawa maksud Anggota Rumah atau ahli rumah Rasulullah SAW. Atau lebih senang kita sebut Ahli Keluarga Rasulullah SAW. Harap jangan mudah keliru. *


Dewasa ini kita selalu diporak-perandakan oleh fahaman baru yang tiba-tiba muncul dari kawasan Padang pasir Nejd yang meng'klaim' diri mereka dengan nama-nama yang indah seperti Salafus Soleh, Mujadid masa kini, Ahli Sunnnah yang sebenar-benar Sunah dan lain-lain lagi. Pokoknya, merekalah Islam paling Sunnah dan Islam yang lainnya semuanya bid'ah. Musuh mereka yang utama ialah orang-orang yang menyambut Maulidur Rasul, Penziarah makam-makam Auliya' Allah, makam para Rasul, orang-orang yang berselawat dengan kuat, memusuhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah SWT secara beramai-ramai, malah musuh mereka juga ialah termasuk kedua ibu bapa Rasulullah SAW sendiri yang dikatakan Ahli Neraka, malah mereka cukup anti dan cukup benci dengan keluarga Rasulullah SAW. Dan yang sedihnya ada segilintir dari kita yang baru-baru nak mengenal ilmu agama dengan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka dan dengan sewenang-wenangnya menciplak beberapa 'bahan-bahan senjata' mereka sama ada dalam bentuk video-video,artikel dan beberapa bahan lain dan tanpa mereka sedari, mereka menjadi alat propaganda bagi kumpulan tersebut.

Mereka jarang menggunakan dalil-dalil Hadis Nabi SAW ataupun dalil Al-Quran apabila menyerang, tetapi bentuk penyerangan mereka lebih cenderung kepada manipulasi fakta dan banyak bermain kata-kata.

Satu soalan yang perlu kita tanya adakah media baru bagi penyebaran maklumat ini kita pergunakan untuk menfitnah keluarga baginda SAW? Dan kemudiannya di waktu solat kita berselawat memohon keluarga Rasulullah SAW dilimpahkan rahmat dan diberkati? Dan fikirkan apa yang akan kita jawab di hadapan Rasulullah SAW di Hari Akhir ketika kita memohon syafaat kepada Baginda SAW kelak. Pasti kita akan ditanya adakah kamu memenuhi Perintah Allah SWT ketika aku diperintahkan untuk menyampaikan kepada kamu seperti di dalam Firman Allah dalam Surah Asy-Syuura Ayat:23;

Katakanlah (olehmu Ya Muhammad): "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam Kekeluargaan"

Adakah seruanku ini kamu penuhi?

Apa yang akan kamu jawab nanti ...

Andaikata jika mencintai keluarga Rasulullah SAW itu sesat di sisi Allah Ta'ala maka kenapakah Rasulullah SAW tidak ada memberi amaran tentang ini di dalam Hadis-hadis baginda ? Baginda SAW tidak pernah jemu-jemu memberi peringatan tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman di dalam Hadis-hadis baginda SAW, dan kini telah terbukti apa-apa yang Rasulullah SAW amarankan kita itu sudah ternyata terbukti berlaku, di antaranya seperti Hadis tentang puak khawarij gaya baru yang telah dilampirkan dalam artikel :

Hadis-hadis Tentang Munculnya Wahabi;
sebelum ini.

Hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan sebahagian yang lain terdapat dalam selain kedua kitab tsb. Hadits-hadits itu antara lain :

1. Fitnah itu datangnya dari sini, fitnah itu datangnya dari arah sini, sambil memberikan ke arah timur (Najed-pen ).

2. Akan muncul segolongan manusia dari arah timur, mereka membaca Al Qur'an tetapi tidak bisa membersihkannya, mereka keluar dari agamanya seperti anak panah yang keluar dari busurnya dan mereka tidak akan kembali ke agama hingga anak panah itu bisa kembali ketempatnya (busurnya), tanda-tanda mereke bercukur kepala (Botak - pen).

3. Akan ada dalam ummatku perselisihan dan perpecahan kaum yang indah perkataannya namun jelek perbuatannya. Mereka membaca Al Qur'an, tetapi keimanan mereka tidak sampai mengobatinya, mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya, yang tidak akan kembali seperti tidak kembalinya anak panah ketempatnya. Mereka adalah sejelek-jelek makhluk, maka berbahagialah orang yang *membunuh mereka atau dibunuh mereka*. Mereka menyeruh kepada kitab Allah, tetapi sedikitpun ajaran Allah tidak terdapat pada diri mereka. Orang yang membunuh mereka adalah lebih utama menurut Allah. Tanda-tanda mereka adalah bercukur .

- maksud *membunuh* di sini ialah jika golongan ini menyerang orang-orang Islam maka beruntunglah orang yang membunuh mereka atau jika terbunuh dek kerana mereka.

4. Di Akhir zaman nanti akan keluar segolongan kaum yang pandai bicara tetapi bodoh tingkah lakunya, mereka berbicara dengan sabda Rasulullah dan membaca Al Qur'an namun tidak sampai pada kerongkongan mereka, meraka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, maka apabila kamu bertembong mereka bunuhlah, karena membunuh mereka adalah mendapat pahala disisi Allah pada hari kiamat.

- maksud *membunuh* di sini ialah jika golongan ini menyerang orang-orang Islam maka beruntunglah orang yang membunuh mereka atau jika terbunuh dek kerana mereka.

5. Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al Qur'an namun tidak sampai mengobati mereka, mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur.

6. Kepala kafir itu seperti (orang yang datang dari) arah timur, sedang kemegahan dan kesombongan (nya) adalah (seperti kemegahan dan kesombongan orang-orang yang) ahli dalam (menunggang) kuda dan onta.

7. Dari arah sini inilah datangnya fitnah, sambil mengisyaratkan ke arah timur .

8. Hati menjadi kasar, air bah akan muncul disebelah timur dan keimanan di lingkungan penduduk Hijaz (pada saat itu penduduk Hijaz terutama kaum muslimin Makkah dan Madinah adalah orang-orang yang paling gigih melawan profokator Wahabi dari sebelah timur / Najed - pen).

9. (Nabi s a w berdo'a) Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, para sahabat berkata : Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo'a: Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman, dan pada yang ketiga kalinya beliau s a w bersabda : Di sana (Najed) akan ada keguncangan fitnah serta disana pula akan muncul tanduk syaitan.

10. Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al Qur'an namun tidak sampai membersihkan meraka. Ketika putus dalam satu kurun, maka muncul lagi dalam kurun yang lain, hingga adalah mereka yang terakhir bersama-sama dengan Dajjal.

- Mereka akan muncul berdekatan dengan zaman Dajal.

Kenapakah Rasulullah SAW tidak tinggalkan bagi kita suatu Hadis yang memberi amaran agar umat Islam berhati-hati dengan pencinta Ahli keluarga Rasululah andaikata menyintai keluarga (Rasulullah SAW) itu adalah sesat. Malah tiada langsung, maaf ... jika ada yang pernah terjumpa tolong berkongsi dengan saya. Mustahil Rasulullah SAW tiada memberi amaran kepada umat baginda andaikata mencintai keluarga baginda dianggap sesat? Sedangkan pencinta keluarga Rasulullah SAW sudah lahir bersama lahirnya Islam. Sama ada dari golongan yang digolongkan sebagai puak Syiah sekarang ini maupun juga dari golongan Ahlus Sunnah sendiri. Golongan yang mencintai keluarga Rasulullah SAW sudah ada sejak ada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW yang tak pernah jemu-jemu dalam setiap kesempatan selalu mengingatkan sahabat-sahabat baginda tentang kewajipan mereka untuk mencintai keluarga baginda.
Seperti dalam sabda baginda SAW, baginda mengingatkan kita:

Jika aku dicintai, maka keluargaku yang aku cintai juga seharusnya dicintai” [Sahih al-Tirmithi]

Abu Ya`la dari Abu Hurayra, Nabi bersabda : “Yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik kepada keluargaku sesudahku “.
al-Haythami dalam Majma` al-zawa’id (6:40), dan dikatakan : “Abu Ya`la merawikan dan semua
rawi terpercaya.”

Ibn Abbas menyatakan dari Rasulullah : “Allah mebahagi menusia menjadi dua kelompok, dan Dia menjadikan saya dalam kelompok terbaik. Allah berfirman ttg. “Golongan kanan” dan “golongan kiri”. Saya berada di golongan kanan dan saya yang terbaik dalam golongan kanan. Kemudian Dia membagi kedua golongan menjadi tiga. Dia berfirman, ” Golongan kanan dan golongan kiri dan golongan yang mendahului (sabiquna sabiqu)” (56:9). Saya di antara yang mendahului dan saya yang terbaik dari yang mendahului. Kemudian Dia membagi ke dalam tiga suku dan Dia memasukkan aku dalam suku terbaik. Dia berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dariseorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”(49:13). Saya yang paling bertaqwa dan paling mulia dalam pandangan Allah. Kemudian Dia membagi suku-suku dan memasukkan aku dalam keluarga terbaik. Dia berfirman, “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (QS. 33:33) (Hadith at-Tabarani dan al-Bayhaqi.)

dan banyak lagi yang tak termuat di sini.


Adakah Rasulullah SAW juga dari golongan Syiah?

Malah Imam mazhab panutan kita yakni Imam Muhammad ibn Idris al-Syafie pula adalah di kalangan imam yang paling tebal kecintaannya terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Beliau menegaskan di dalam serangkap syairnya yang bermaksud: “Sekiranya mencintai ahli keluarga Nabi SAW menjadikan seseorang itu digelar Rafidhah (Syiah yang Ekstrimis), maka saksikanlah wahai manusia dan jin bahawa aku adalah Rafidhah”.

Malah adakah semua umat Islam yang berselawat di dalam Tahiyyat Akhir juga Syiah?? Fahamkah kita maksud di dalam salawat?

Ya Allah limpahkan rahmat atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau limpahkan rahmat atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim dan Ya Allah berkatilah atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana diberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim di dalam seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Agak mendukacitakan saya yang internet ini menjadi media bagi orang kurang ilmu untuk menyebarkan fitnah dan membuat penilaian sendiri tanpa ilmu yang cukup mendalam dan sewenang-wenangnya membuat andaian sendiri tanpa merujuk kitab-kitab ulamak yang terdahulu.

Di sini saya lampirkan petikan dari Kitab Sirrul Asrar (Rahsia Segala Rahsia) karangan Wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani di dalam Fasal 5 bertajuk taubat dan talqin.Bunyinya:

"Ada ilmu yang seperti tiram (tersembunyi). Hanya orang-orang yang mengenal Allah yang mengetahuinya. Bila mereka berbicara, orang-orang jahil tidak dapat menolak".

Inilah sir yang dititipkan pada hati Nabi Muhammad SAW di malam Mi'raj di dalam batin yang terdalam yang terdiri dari 30 ribu batin. Nabi tidak memberikannya kepada orang awam, tetapi hanya diberikan kepada sahabat-sahabat terdekat dan Ashabus Suffah (Sufi). Dengan barakah sir tersebut, berdirinya syariat hingga hari qiyamah. Ilmu batin menunjukkan kepada sir tersebut maka semua ilmu dan pengetahuan hanya sebagai kulit sir tadi.

Ulamak ahli zahir adalah pewaris sebahagiannya, seperti 'Ashabil Furud' Sedarajat dengan 'Zawil Arham' yang hanya menerima ilmu sebahagiannya sederajat lapis luar sahaja. Mereka berdakwah mengajak beriman kepada Allah.

Adapun syeikh-syeikh yang agung bersalasilah kepada Saidina Ali r.a. mereka sama dengan sumber ilmu di atas bab ilmu, kerana mereka mengajak iman kepada Allah dengan dakwah dan hikmah. Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik".

Sumber perbicaraan mereka (syeikh-syeikh berketurunan Rasulullah SAW) adalah satu, sedangkan cabang-cabangnya berbeda-beda. Tiga makna yang terkandung tadi terkumpul pada zat Nabi Muhammad SAW. Tidak akan ada satu pun orang yang akan menyamainya.

Dan seterusnya.......

Maka Syeikh Abdul Qadir yang berketurunan Rasulullah juga menyarankan kita mencari guru-guru mursyid di kalangan keluarga Rasulullah namun beliau adalah dari segi fiqhnya mengikut fiqh Shafi'i dan Hambali dan dari dari segi aqidah beliau mengikut aqidah Maturidiyah dan Asya`irah (Sifat duapuluh) yakni berpegang dengan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Maka jika kita ada kelebihan dari nikmat-nikmat yang Allah SWT anugerahkan atas kita maka marilah kita berkelana di seluruh bumi Allah SWT untuk menimba ilmu yang baik-baik dari ilmu ulamak-ulamak terdahulu, wajibnya dari syeikh-syeikh yang bersalasilah dengan Rasulullah SAW supaya kita nanti beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Maka saya nasihatkan bagi diri saya sendiri terutamanya agar tak henti-henti menggali ilmu moga dengan ilmu yang bermanafaat ini dapat dijadikan nur atau petunjuk buat diri saya di samping dapat berkongsi dengan para musafir yang berkelana di JALAN ALLAH yang lapang dadanya, di samping ikhlas hatinya.

Sekian. Maaf, bukan bertujuan membangkitkan provokasi tetapi sekadar berkongsi ilmu.

Sila sebarkan...

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment