Monday, July 19, 2010

Alam Kecil Alam Besar


Insan itu alam kecil dalam bentuk zahirnya
Insan itu alam besar dalam bentuk batinnya
Inilah pendapat para Sufi dan Aulia
Yang sukar difahami orang biasa

Dari segi lahiriah
Dari dahan asalnya buah
Dari segi batiniah
Wujudnya dahan untuk buah

Jika tidak kerana buah, mahukah anda menanam pokok
Meskipun kelihatannya buah keluar dari pokok
Segi hakikatnya dari buah lahirnya pokok
Buah dulu kemudian pokok

Pada segi hakikat kita paling awal dijadikan
Pada segi lahirnya kita paling kemudian dijadikan
Inilah pendapat Sufi sekalian
Yang mendalami rahsia insan


- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi

No comments:

Post a Comment