Thursday, July 22, 2010

Keseimbangan Islam Yang Lebih Unggul Harus Menjadi Tolok Ukur atas Kerosakan Nilai Peradaban Barat…


Ditulis oleh:Ade Hasdi.

Terkadang terfikir kenapa umat Islam agak jauh tertinggal dalam arus Peradaban era baru yang kita sebut sebagai Peradaban Barat. Mungkin terlintas di hati kita bahawa apa yang berlaku ini dek kerana kesilapan percaturan kita sendiri… Dan sekarang mari kita sama-sama merenung dan mentelaah dengan lebih mendalam lagi.

Sememangnya Islam adalah agama yang terbentuk dengan keseimbangan yang mutlak.. Di kala Tamadun Barat sedang melangkah laju mendobrak dimensi teknologi yang serba canggih dan serba moden, semakin mereka merosakkan keseimbangan yang ada di sekeliling kita... Samada keseimbangan insani mahupun spiritualis, malah juga keseimbangan alam semulajadi.

Di kala mereka sedang gah dengan ilmu Sainsnya semakin mereka menghampiri kemusnahan alam dan kerosakan nilai-nilai insani. Natijahnya adalah kemusnahan yang total kerana kerakusan mereka sendiri dan kerana mereka tidak menghargai anugerah–anugerah yang dikurniakan Allah SWT.



Firman Allah SWT:
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? (Surah Al-Mulk:3)

Malah bila menyentuh hal keseimbangan, pada diri manusia itu Allah SWT telah menciptakannya dengan penuh keseimbangan. Keseimbangan fizikal malahan juga keseimbangan spiritual. Seperti Firman :

Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang,
(Surah Al-Infithar:7)

Dan memang telah terbukti secara ilmiah bahawa memang alam ini secara biologi mahupun secara fizikal bahkan secara kosmologi telah disusun oleh Sang Maha Pencipta penuh dalam seribu satu keseimbangan.

Namun keseimbangan yang terbentuk sebagai fitrah alam ini secara sedikit demi sedikit dipolusi oleh tindak-tanduk dan kegiatan-kegiatan yang 'luar batasan' sehingga mengakibatkan berlakunya pelbagai peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti pemanasan global, kegawatan ekonomi dunia, pembantaian nyawa-nyawa yang tak berdosa di Iraq, Afghanistan, Palestin, Yaman atas nama 'keamanan dunia' yang jentera manipulasinya adalah media-media Barat sendiri. Begitulah di antara pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan oleh Peradaban Barat yang sedang asyik hanyut dibuai oleh mimpi-mimpi mereka seolah-olah mereka akan hidup untuk selama-lamanya.

Penyimpangan atau keterlanjurannya peradaban Barat ini memang telah disedari oleh cendikiawan-cendikiawan Barat sendiri dan mereka ternyata mereka masing-masing tidak segan untuk meluahkan pandangan-pandangan masing-masing dalam nada kritik.


Kritikan-kritikan Para Cendikiawan Barat terhadap Peradaban Barat

Dr. Alexis Carel menyatakan bahawa, tamadun Barat moden dibentuk tanpa mengenal tabiat kita yang sebenarnya (bercanggah dengan fitrah manusia). Ini disebabkan ia dilahirkan daripada khayalan-khayalan, imaginasi-imaginasi, ideologi-ideologi dan hasrat manusia…Aspek kemanusiaan sewajibnya dijadikan pertimbangan bagi segala sesuatu. Akan tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Prof. Renan Dupont menegaskan bahawa: “Kita (Barat) mendakwa bahawa kita hidup pada abad ilmu pengetahuan…Namun, kehidupan yang keluar dari hukum alam yang dijalani oleh manusia pada umumnya pada masa sekarang mencekik dan mematikan interaksi penting yang diperlukan bagi keselamatan mental dan perkembangan sumber daya kemampuan manusia… Dilihat dari banyak aspek, manusia moden lebih mirip dengan “binatang darat” yang menghabiskan hidupnya di dalam zoo! Binatang-binatang tersebut diberi makan dan perlindungan yang cukup, namun tidak memenuhi hajat asasi bagi fungsi fizikal mahupun intelektualnya. Manusia moden bukan sahaja asing denagn alam sekitarnya, bahkan ia terasing daripada realiti dirinya sendiri (erti seorang manusia).”

Steward L. Olade (bekas seorang Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Amerika) pernah mengatakan bahawa: “Mudah untuk beranggapan bahawa, Amerika yang diciptakan oleh manusia merupakan malapetaka dalam peringkat benua.”

John Dewey, seorang ahli falsafah Barat menyatakan bahawa: “Tamadun (Barat) yang membiarkan sains menghancurkan nilai-nilai yang diakui oleh masyarakat dan tidak meyakini bahawa sains mampu menciptakan ilmu-ilmu baru, adalah sebuah tamadun yang akan menghancurkan dirinya dengan sendirinya.”

Arnold Tonybee (seorang penulis dari Britain) menyatakan bahawa, “Tamadun ini (Barat) telah mengaburi mereka, lalu menjual roh mereka untuk digantikan dengan ‘panggung wayang’ dan ‘radio’. Natijah dari kehancuran tamadun ini, yang disebabkan oleh transaksi baru ini, adalah kekosongan rohani yang disifatkan oleh Plato sebagai “masyarakat khinzir” dan dilukiskan oleh Aldus Hoksly sebagai, “Dunia Kebongkakan Baru”.

Pruschert (seorang sasterawan Jerman) menerangkan bahawa: “Kita adalah generasi tanpa agama dan tanpa ketenteraman. Matahari kita sempit dan cinta kita (adalah) kekejaman. Generasi muda kita tanpa kepemudaan!! Kita generasi tanpa ikatan, tanpa batasan dan tanpa perlindungan dari sesiapa ’’

Presiden Wilson turut mengeluh mengenai tamadun Barat yang sudah kehilangan nilai-nilai agama, dengan katanya: ‘‘Intipati yang menjadi permasalahan seluruhnya adalah : tamadun kita (Barat) tidak dapat bertahan hidup dari aspek material(semata-mata), kecuali jika aspek kerohanian yang dihidupkan kembali’’

Bertrand Arthur William Russel (seorang pakar matematik dan falsafah Inggeris, serta penerima Nobel dalam bidang sastera pada tahun 1949), menyatakan bahawa: “Bahaya manusia di masa hadapan atau masa-masa yang tertentu bukan datang dari alam sekitar tetapi dari diri mereka sendiri. Apakah mereka menggunakan kuasa alam untuk menghentam mereka sesama sendiri ?”

Isaac Singer (seorang Yahudi dari Amerika yang mendapat hadiah Nobel pada 1978 dalam bidang sastera) turut mengatakan bahawa: “Sepuluh ribu tahun dari sekarang, seorang gadis akan tetap menghadapi kesulitan dalam mencari suami yang baik sebagaimana susahnya mereka mencari suami yang baik pada saat ini. Orang masih akan tetap mengalami sakit dan mati, serta mereka tetap kecewa”.

Demikianlah di antara pandangan-pandangan peribadi sarjana-sarjana Barat yang dengan secara jujurnya mengomentari situasi Tamadun Barat masakini.

Keseimbangan menurut perspektif Islam.

Keseimbangan materi.

Firman Allah:

Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.
Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
amat keras hukumannya.(QS 59 : 7)

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (Al-Baqarah:276).


Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Al-Hadid:18)

Jika hukum Islam diterapkan dengan betul, dan jika pengurusan Baitul Mal bagi umat Islam di seluruh dunia dijalankan secara berpusat, seragam dan saksama Insya Allah jurang kemiskinan di antara penduduk kaya dan penduduk miskin dapat dihapuskan secara total peringkat demi peringkat.

Nabi SAW telah memberi solusi bagi kita untuk mengatasi kekemelutan ini dalam pelbagai versi Hadis. Di mana kelak pembahagian kekayaan yang ideal dengan berpandukan kaedah Islam, akan direalisasikan di era Imam Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW:
Selama kurun waktu ini, umatku akan menuju kehidupan yang tenteram dan aman, yang tidak pernah dikenal sebelumnya. (Tanah ini) akan mengeluarkan hasil tuaian dan tidak akan menariknya kembali... (HR Ibnu Majah)

Manusia akan menuai 700 takaran gandum untuk setiap kali mereka menabur.... Manusia akan menyebar beberapa genggam bibit dan menuai 700 genggaman (hasil panen).... Walaupun banyak hujan turun, tidak satu pun akan sia-sia. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 24)

Suatu masa akan datang ketika seorang manusia dengan kekayaan emas di tangannya berjalan dan tidak menemukan seorang pun yang mau menerima sedekah itu (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)
Kemudian umatku akan dirahmati, jumlah binatang akan meningkat dan tanah, akan menghasilkan berbagai buah-buahan (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 26)

Pasti, harta benda akan melimpah, mengalir seperti air. Tetapi tidak seorang pun akan (membungkuk) untuk mengambilnya. (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Islam adalah agama kasih sayang yang senantiasa mengutamakan kebajikan sesama manusia. Dalam sistem Islam bank tidak perlu wujud, kita hanya perlu satu sahaja badan untuk menguruskan kewangan Islam, yakni badan yang telah diasaskan oleh Nabi kita Muhammad SAW sejak lebih 14 kurun yang lalu. Satu-satunya badan yang diurus bukan untuk me’ribakan umat, tetapi untuk memakmurkan umat dengan melaksanakan 1001 macam kebajikan.

Sudah tentu dengan melaksanakan kaedah Baitul Mal secara bersentral, maka pastinya kemiskinan akan dapat dihapuskan. Tapi itu semua itu masih jauh untuk direalisasikan. Kenapa begitu?

Jawapannya adalah kerana kita dihinggapi sejenis penyakit. Sebagaimana Sabda Nabi SAW:
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al-wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Masing-masing mementingkan diri sendiri terutamanya pemerintah. Masing-masing berlumba mengejar kenikmatan dan keuntungan duniawi.

Keseimbangan Alam

Dan sebagai seorang Muslim memang telah diamanatkan kepada setiap individu untuk menguruskan alam ini sebaik-baiknya dan mengekalkan keseimbangannya.

Seperti Hadis Nabi SAW:
“Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim).

Dan juga di dalam Firman Allah:
Surah Hud, ayat 51 bermaksud: “Dia menciptakan bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.”

Dan Allah SWT telah memberikan amaran bahawa akibat dari kerja-kerja tangan manusialah yang akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemusnahan ekosistem alam ini dalam FirmanNya:
Surah Ar-Rum ayat 41: “Sudah timbul kerosakan di darat dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia.”

Mungkin jika kita tidak tamak, maka atas kemajuan teknologi yang kita kecapi sekarang tidak aneh kalau saya katakan bahawa kita sepatutnya tidak lagi menaiki kenderaan berbahan bakar bahanapi fosil . Yang memerlukan tenaga yang banyak untuk menggerakkan enjinnya dan mencemari alam ini dalam kadar yang tinggi, sedangkan kita sudah mempunyai alternatif lain bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku.




Terdapat bukti bahawa ada dek kerana kerakusan ‘pihak-pihak atasan’ sama ada dari kalangan Pak-Pak Arab pengeluar minyak, mahupun tokeh-tokeh besar Yahudi malah para pemerintah Negara-negara Islam sendiri yang masing-masing mempunyai kepentingan dalam industri petroleum tidak mahu melihat harga minyak jatuh sekiranya satu alternatif lain yang lebih mesra alam dan juga menjimatkan tenaga diperkenalkan.

Di mana satu contoh dapat kita ketengahkan di sini ialah tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita di mana kesejahteraan manusia sejagat dibelakangkan hanya kerana ketamakan segelintir manusia.

Bahawa terdapat bukti yang menyatakan Syarikat Chevron (dahulu Standard Oil of California) kini memonopoli hak paten di seluruh dunia untuk bateri NiMH digunakan dalam RAV4-EV, dan tidak akan membenarkan penggunaannya dalam EVS. Di mana Lead-asid atau bateri litium dipaksa untuk digunakan di dalam enjin plug-in hibrid, dan itu bukanlah berlaku secara tak sengaja.

Walaupun kini telah ada EV NiMH-95 iaitu bateri dari Panasonic, yang lebih tahan lama jika dibandingkan dengan jangkahayat kereta itu sendiri. Bateri ini memiliki kekuatan yang mencukupi untuk mempercepat kelajuan tanpa Pembakaran Dalaman ("IC") enjin, dan boleh menggerakkan EV pada kelajuan 80 bsj hingga 120 batu, mula dikeluarkan pada Januari, 1997. Malahan bateri ini cukup kuat untuk menjalankan sebuah EV dari kelajuan awal hingga 80 bsj dan untuk lebih dari 100 batu, dan mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya 1500 - lebih dari 150,000 batu sebelum ianya perlu diganti.

Tetapi amat mendukacitakan kerana Syarikat Chevron dan syarikat perwakilan autonya telah menghilangkan idea plug-in hibrid: mengaburkan, dan membawa keluar "dual-mode" dan hybrid-hibrid selari yang boleh lemas pada kelajuan 40 bsj, pada motor elektrik kecil untuk 10 batu dan dengan bateri yang perlu di-cas-semula dengan enjin diesel yang besar.

Dan mereka (syarikat ini) tidak perlu takut pada plug-in hibrid berkuasa lithium, kerana mereka kini mereka mempunyai kawalan penuh ke atasnya dan mereka telah menghapuskan penggunaan bateri NiMH dalam format besar, dan mereka pasti tidak akan bimbang ...
kecuali bila ‘Parti minyak’ tewas semasa pilihanraya.

Sila rujuk: http://ev1.org/chevron.htm

Begitulah di antara peristiwa yang berlaku, bilamana kelestarian alam semujadi dan insani dikorbankan demi memuaskan nafsu duniawi.

Keseimbangan Rohani.

Arus kemajuan duniawi telah menyebabkan umat-umat Barat umumnya dan umat seluruh dunia khususnya tenggelam timbul mencari arti dan tujuan kehidupan. Memang telah menjadi fitrah manusia bilamana nafsu duniawi telah mendominasi dan bilamana manusia tidak lagi terikat dengan perhubungan rohani maka jiwa kita akan kekosongan. Begitu juga jika sebaliknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu akan memberi ketenangan kepada hati" (Surah al-Ra'd ayat 28).

Sabda Nabi SAW:
"Ingatlah dan bahawasanya dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan jika rosak daging itu akan rosaklah jasad keseluruhannya, ingatlah, itulah dia hati" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dan lagi Firman Allah SWT:
Adapun orang-orang yang engkar, maka akan Ku-siksa mereka dengan siksa yang sangat keras di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak memperoleh penolong. (Surah Ali-Imran).

Sebenarnya siksaan yang paling sakit adalah siksaan rohani. Islamlah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan manusia daripada kekerosakan jiwa. Maka apabila berlakunya kerosakan jiwa maka jalan untuk mengubatinya adalah pastinya dengan landasan Islam. Tidak ada penolong bagi mereka yang kufur (engkar), itulah yang difirmankan Allah SWT, yakni bila manusia itu mengengkari petunjuk Allah maka mereka selanjutnya pasti akan menempuhi seribu satu jalan menuju kepalsuan. Jalan-jalan ini tidak dapat membantu membebaskan jiwa mereka daripada belenggu-belenggu kebodohan dan kekosongan.

Dan jalan-jalan yang mereka tempohi bukanlah jalan menuju kepada Tuhan Yang Sebenarnya melainkan mereka menuju kepada kepalsuan dan ternyata kepalsuan itu bukanlah satu jalan keselamatan . Ia hanyalah eksistensi yang sementara. Dan pasti akan hilang lenyap kelak bersama kemusnahan dunia ini.

Sebagaimana Firman dalam Surah Ar-Rahmaan:25-27:
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi pertolongan yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah). (Surah Al-An-Aam:94).

Dan lagi Firman Allah:
Maka siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Orang-orang itu akan memperoleh bahagian yang telah ditentukan untuknya dalam Kitab (Lauh-Mahfuz); hingga bila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) untuk mengambil nyawanya, (di waktu itu) utusan Kami bertanya: "Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah?" Orang-orang musyrik itu menjawab: "Berhala-berhala itu semuanya telah lenyap dari kami," dan mereka mengakui terhadap diri mereka bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir. (Surah Al-A’raf:37).

Dan Firman Allah:

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang palsu (batil) telah lenyap". Sesungguhnya yang palsu itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.(Surah Al-Isra’:81).

Dan Firman Allah:

Yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil (palsu), dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Hajj:62)



Maka beruntunglah insan-insan yang menemukan jawapan bahawa segala penawar, segala keindahan, segala kenikmatan, segala bentuk keberuntungan, segala kebaikan dan segala bentuk keseimbangan hanya ada pada Islam.

Firman Allah SWT:
(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Surah Ali-Imron:191).

Apa yang kurang adalah dari saya dan semua yang baik dari Allah SWT jua.

Sekian.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment