Thursday, July 22, 2010

Bersatu atas dasar Islam atau Atau Persatuan Bangsa?





Apabila kita kembali kepada Al-Quran yakni Firman Allah dan menyentuh soal persatuan, Al-Quran telah memperjelas bahawa persatuan yang dikehendaki ialah keberadaan suatu kesatuan berdasarkan ikatan yang jelas dan hakiki. Allah tidak pernah menyuruh manusia untuk menjadikan hal-hal ke'bangsa'an sebagai sebab atau ikatan jalinan yang menumbuhkan persatuan antara manusia. Allah memang menyebutkan bahawa manusia diciptakan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun Allah tidak pernah menyuruh kita untuk menjadikan faktor suku atau bangsa sebagai faktor persatuan. Malah tiada sebarang perintah terhadap tehadap pengukuhan kesatuan bangsa diperintahkan oleh Allah maupun RasulNya. Malah sebaliknya kita temukan sebuah hadits yang mencela persatuan yang hanya sekadar berdasarkan fanatisme golongan, baik itu golongan berdasarkan kesamaan bangsa, suku atau warna kulit.

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ

عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

“Tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang menyeru kepada ashobiyyah (fanatisme golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang berperang atas dasar ashobiyyah (fanatisme golongan). Dan tidaklah termasuk golongan kami barangsiapa yang terbunuh atas nama ashobiyyah (fanatisme golongan).” (HR Abu Dawud 4456).

Bagi kita yang masih 'mimpi di siang hari' mudah dirabuni dengan dasar-dasar yang pernah dipraktikkan dan digunapakai oleh para kolonialis untuk mendominasi bangsa-bangsa yang dijajah.

Dalam politik dan sosiologi, dasar pecah dan perintah (divide and rule) merupakan gabungan strategi politik, militari dan ekonomi pihak berkuasa bagi mendapat dan mengekalkan kuasa dengan memecahkan masyarakat kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut garis agama, etnik/bangsa.

Dengan kaedah ini masyarakat itu menjadi lemah dan terus dilemahkan dari semasa ke semasa. Secara individu, kumpulan kecil ini tidak mempunyai kekuatan lagi berbanding pihak pemerintah.

Dalam keadaan sebenar,kaedah pecah dan perintah menjadi strategi yang ampuh dalam membentengi kumpulan-kumpulan kecil ini berhubung secara semulajadi sesama mereka. Kesimpulannnya tidak wujud perpaduan dan perasaan saling ingin hidup bersama (co-exist).

Alangkah beruntungnya orang-orang yang bersatu di bawah naungan tali Allah sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

(Q.S. Ali Imron ayat 103)


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment