Diriwayatkan daripada Ibn Sirin daripada Abi Al Jalad katanya, “Fitnah akan berlaku kemudian akan disusuli oleh fitnah yang lain pula. Fitnah yang kemudian lebih hebat daripada sebelumnya, bagaikan cemeti disusuli mata pedang. Kemudian berlaku pula satu fitnah yang lain. Ketika itu tidak ada satu pun perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. melainkan dihalalkan. Kemudian manusia akan berhimpun pada orang yang paling baik di antara mereka (Al-Mahdi a.s.) iaitu seorang yang tandanya akan datang kepadanya dengan mudah (dengan sendiri) ketika mana dia berada di 'Rumah'nya.” Perawi-perawi hadith ini semuanya tsiqah. (Musannnaf Abdul Razzak j.11 ms.372)
No comments:
Post a Comment