Monday, July 19, 2010

Saksi Terhadap Allah


Allah mencipta segala-gala
Bumi dan langit dan antara keduanya
Besar kecil zahir dan nyata
Semua itu ciptaanNya

Dia mendedahkan rahsia semua perkara
Basah dan kering tiada terlupa
Tapi menutup rahsia Ruh manusia
Ia adalah Kalimat Tuhan Yang Esa

Tapi ada di antara Hamba Allah
Hati yang luhur mengenang Allah
Dapat memandang Rahsia Allah
Menjadi saksi terhadap Allah

Allah bukan memandang rupa
Allah bukan memandang bangsa
Cantik dan buruk tidak diambil kira
Hati yang suci itulah yang dikiraNya

Hamba yang cinta kepada Dia
Dia akan cinta kepadanya
Kalau kita menjadi kekasihNya
Segala hijab akan dibukaNya

Muhammad itu Penghulu kita
Juga Penghulu Alam Semesta Raya
Jika tidak kerana Baginda SAW
Langit dan bukit tidak dijadikanNya...


- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi.

No comments:

Post a Comment