Thursday, July 22, 2010

Dakwah vs Menakut-nakuti


`Dakwah vs menakut-nakuti` Oleh: Dr. KH. A. Mustofa Bisri

Wahabi.....

Seorang kawan budayawan dari satu daerah di Jawa Tengah yang biasanya hanya SMS-an dengan saya, tiba-tiba siang itu menelefon. Dengan nada khuatir, dia melaporkan kondisi kemasyarakatan dan keagamaan di kampungnya.

Keluhnya antara lain,“Kalau ada kekerasan di Jakarta oleh kelompok warga yang mengaku Muslim terhadap saudara-saudaranya sebangsa yang mereka anggap kurang menghargai Islam, mungkin itu berunsur politikal masalahnya. Tapi ini di kampung, Gus, sudah ada kelompok yang sikapnya seperti paling Islam sendiri. Mereka dengan semangat jihad, memaksakan fahamannya ke atas masyarakat. Sasarannya jamaah-jamaah di masjid dan surau. Rakyat pada takut. Bahkan, na’udzu billah, Gus, sangat takutnya ada yang sampai keluar dari Islam. Ini bagaimana? Harus ada yang menemani masyarakat, Gus. NU dan Muhammadiyah kok diam saja ya?”

Kondisi yang dilaporkan kawan saya itu bukanlah satu-satunya laporan yang saya terima. Ya, akhir-akhir ini sikap perilaku keberagamaan yang keras model zaman Jahiliyah semakin merebak. Hujjah-nya, amat bersungguh-sungguh seperti membela Islam, menegakkan syariat, amar makruf nahi munkar, memurnikan agama, dan sebagainya. Cirinya yang menonjol : sikap merasa benar sendiri dan kerananya bila bicara suka menghina dan melecehkan mereka yang tidak sefaham. Suka memaksa dan bertindak keras dan kasar kepada golongan lain yang mereka anggap sesat. Seandainya kita tidak melihat mereka berpakaian Arab dan sering meneriakkan “Allahu Akbar!”, kita sulit mengatakan mereka itu orang-orang Islam. Apalagi bila kita sudah mengenal pemimpin tertinggi dan panutan kaum muslimin, Nabi Muhmmad SAW.

Seperti kita ketahui, Nabi kita yang diutus Allah menyampaikan firman-Nya kepada hamba-hamba-Nya, adalah contoh manusia paling manusia (insani). Manusia yang mengerti manusia dan memanusiakan manusia. Rasulullah SAW seperti dapat dengan mudah kita kenal melalui sirah dan sejarah kehidupannya, adalah peribadi yang sangat lembut, ramah dan menarik. Diam dan bicaranya menyejukkan dan menyenangkan. Beliau tidak pernah bertindak atau berbicara kasar.

روى البخاري عن أنس رضي الله عنه قال: لم يكن رسول الله صلى الله عليه وسلم سبابا ولا لماما ولا فاحشا

Sahabat Anas r.a yang lama melayani Rasulullah SAW, seperti diriwayatkan Imam Bukhari, menuturkan bahawa Rasulullah SAW bukanlah pencaci, bukan orang yang suka mencela, dan bukan orang yang kasar.

وروى الترمذي عن أبي هريرة رضي الله تعالى عنه قال: لم يكن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاحشا ولا متفاحشا ولا صخابا في الأسواق

Sementara menurut riwayat Imam Tirmidzi, dari sahabat Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW peribadinya tidak kasar, tidak keji, dan tidak suka berteriak-teriak di pasar.

Ini sesuai dengan firman Allah sendiri kepada Rasulullah SAW di Q. 3: 159,

“Fabima rahmatin minallaahi linta lahum walau kunta fazhzhan ghaliizhalqalbi lanfadhdhuu min haulika ” , Maka disebabkan rahmat dari Alllah, kamu lemah lembut kepada mereka. Seandainya kamu berperangai keras berhati kasar, nescaya mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu…”

Jadi, kita tidak bisa mengerti bila ada umat Nabi Muhammad SAW, berlaku kasar, keras dan kejam. Ataukah mereka tidak mengenal pemimpin agung mereka yang begitu berbudi, lemah- lembut dan menyenangkan; atau mereka mempunyai panutan lain dengan doktrin lain.

Atau mungkin sikap mereka yang demikian itu merupakan semua reaksi belaka dari kezaliman Amerika dan Yahudi/Israel. Kalau memang ya, bukankah kitab suci kita al-Quran sudah memperingatkan, berpesan dengan sangat berhikmah agar kita tidak terseret oleh kebencian kita kepada suatu kaum untuk berlaku tidak adil.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kalian penegak-penegak kebenaran kerana Allah (bukan kerana yang lain-lain!), menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap suatu kaum mendorong kalian untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah; adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Baca Q. 5: 9).

Hampir semua orang Islam mengetahui bahawa Rasulullah SAW diutus utamanya untuk menyempurnakan budi pekerti. Kerana itu, Rasulullah SAW sendiri budi pekertinya sangat luhur
(Q. 68: 4). Mencontohkan dan mengajarkan keluhuran budi. Sehingga semua orang tertarik . Ini sekaligus merupakan pelaksanaan perintah Allah untuk berdakwah. Berdakwah adalah menarik orang bukan membuat orang lari. (Baca lagi Q. 3: 159!). Bagaimana orang tertarik dengan agama yang dai-dainya bengis dan bertindak kasar tidak berbudi?

Melihat perilaku mereka yang bicara kasar dan buruk, bertindak brutal sewenang-wenang sambil membawa-bawa simbol-simbol Islam, saya kadang-kadang curiga, jangan-jangan mereka ini alat-alat Yahudi yang ditugasi mencemarkan agama Islam dengan bertopengkan Islam. Kalau tidak, bagaimana ada orang Islam, apalagi sudah dipanggil ustadz, begitu bodoh: tidak boleh membezakan antara dakwah yang mengajak orang dengan menakut-nakuti yang membuat orang lari. Bagaimana mengajak orang mengikuti Rasulullah SAW dengan sikap dan kelakuan yang berlawanan dengan sikap dan perilaku Rasulullah SAW?

http://www.gusmus.net/page.php?mod=dinamis&sub=2&id=1143




Tambahan pengelola Ruang:

Penjelasan Mengenai Hakikat Ahli Sunnah dan Jamaah [Berteraskan Adab dan Hujah Ilmiah]

Hadis No. 1: Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah
Kenapa ulama’ begitu bersungguh-sungguh menentang golongan Wahhabiyyah?

Jawapannya:
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini. Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu.

Hadis No. 1
Fitnah Dari Najd
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
رواه البخاري، والترمذي، وأحمد وابن حبان في صحيحه.
Maksudnya:
Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.
Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Rasulullah pun bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.
Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam al-Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan lain-lain.

Di manakah bumi Najd yang bakal menjadi pusat timbulnya fitnah?
Kita Rujuk Kitab “Atlas al-Hadith al-Nabawi” oleh Dr. Syauqi Abu Khalil:

Terjemahan: Najd: Di antara bandar-bandarnya pada hari ini ialah Riyadh dan kawasan persekitarannya, Qasim, Sadir, al-Aflaj dan pada waktu dahulu orang ramai mengira bahawa kawasan yang jauhnya lebih kurang 100 km dari timur Madinah adalah Najd.


Sedikit Ulasan
• Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ajaran dan fahaman Wahhabiyyah timbul dari Najd. Ini jelas tercatat dalam sejarah. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh golongan Wahhabi sendiri.
• Banyak lagi yang tidak kami tontonkan di sini untuk tidak menjadikan risalah ini panjang. Jadi, janganlah hairan sekiranya golongan Wahhabi ini ditentang dengan sehebat-hebatnya oleh ulama’ Ahli Sunnah dan Jamaah.

Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur

Kenapa ulama’ begitu menentang golongan Wahhabiyyah?
Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini.
Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi
Banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu :)
Hadis No. 2: Fitnah Dari Timur

Terjemahan hadis:
Daripada Ibnu Umar r.anhuma bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda sedang baginda mengadap ke bahagian timur (Madinah): Ketahuilah sesungguhnya fitnah ada di sana, dari sanalah akan terbit tanduk Syaitan.”
Diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain. Dan dalam riwayat di sisi Imam Ahmad (Mereka keluar dari arah timur)
Apa kata golongan Wahhabi?
• Dari timur itu bermaksud Iraq dan Iran di mana timbulnya ajaran Syiah dan pelbagai ajaran lagi.
Apa kata ulama’ lain?
• Timur madinah itu Najd, di situlah tempat timbul Musaylamah al-Kazzab di Yamamah. Yamamah itu sebahagian daripada Najd. Dan banyak lagi riwayat yang menyatakan bahawa fitnah-fitnah akan timbul daripada Najd. [Sekarang ini Riyadh]
• Ajaran Wahhabi juga berasal daripada Najd tanpa khilaf lagi.


Persoalan
• Antara Riyadh, Iraq dan Iran, manakah satu arah timur Madinah? Tanya lah diri sendiri.
Cuba fikir-fikirkan.

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala (al-Tahliq)
Kenapakah para ulama’ begitu menentang golongan Wahhabi?

Jawapannya: Kerana golongan inilah yang banyak dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Kami telah menyatakan dua buah hadis yang berkaitan.

Ini adalah hadis no. 3.

Hadis No. 3: Golongan Yang Mencukur Kepala

Terjemahan:

Daripada Abu Saed al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar satu golongan manusia daripada arah Timur (Madinah) dan mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi pangkal leher mereka. Mereka terpesong/terpancar keluar daripada agama seperti terpancarnya anak panah dari tempat pemanahan kemudian mereka tidak kembali lagi (ke dalam agama) sehingga kembali anak panah ke tempat perlancarannya.

Maka dikatakan: Apakah tanda mereka itu? (Wahai Rasulullah SAW)

Baginda SAW bersabda: “Tanda mereka itu adalah bercukur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Muslim: “Mereka itu keluar ketika manusia berpecah-belah.”

Sedikit Perbincangan

Hadis ini dengan jelas menerangkan sifat golongan yang bakal muncul satu hari nanti. Sifat-sifat mereka ialah:
• Dari arah Timur
• Berslogan dengan al-Quran
• Mereka bercukur
• Keluar ketika manusia (bukan umat Islam sahaja) berpecah-belah

Al-Sheikh Ahmad Zaini Dahlan (Mufti Mazhab Shafie di Mekah) menukilkan di dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah (Mutiara Yang Bersinar Bagi Menolak golongan Wahhabiyyah) (m/s: 53-54):

“al-Sayyid Abdurrahman al-Ahdal, Mufti Zabid (satu kawasan di Yaman berdekatan dengan al-Hudaydah dan Bayt al-Faqih) berkata:

Tidak perlu seseorang itu mengarang kitab untuk menolak (Muhammad) Ibn Abdul Wahhab; bahkan cukuplah untuk menolaknya dengan bersandarkan kepada Sabdaan Rasulullah SAW: (Dan tanda mereka (golongan yang sesat dari arah timur itu) ialah bercukur kepala), kerana al-tahliq (bercukur) ini tidak dilakukan oleh mana-mana ahli bid’ah selain daripada mereka. Dan Ibn Abdul Wahhab itu bahkan memerintahkan orang-orang perempuan yang mengikutnya supaya berbuat demikian sehingga seorang perempuan telah menjadi pengikutnya secara paksa telah mematahkan hujahnya. Ibn Abdul Wahhab menyangka perempuan itu mahu memperbaharui agamanya dan memaksa perempuan itu untuk mencukur rambutnya.

Perempuan itu berkata: “Kamu memerintahkan kaum lelaki supaya mencukur rambut mereka. Sekiranya kamu juga memerintahkan mereka mencukur juga janggut mereka, maka bolehlah kamu menyuruh orang perempuan mencukur rambut mereka kerana rambut bagi perempuan umpama janggut bagi lelaki (sebagai hiasaan). Maka Ibn Abdul Wahhab tidak mampu menjawab soalan itu.”

Tambah beliau lagi: “Dan sesungguhnya perlakuan Ibn Abdul Wahhab yang menyuruh pengikutnya bercukur kepala adalah satu tanda yang dijanjikan untuk membenarkan sabdaan Rasulullah SAW tentangnya dan pengikut2nya.”

Tambahan pula, hadis di atas menyatakan bahawa golongan ini akan keluar ketika manusia berpecah belah. Bukankah golongan Wahhabi keluar ketika umat Islam berpecah belah, bahkan seluruh dunia berpecah belah ketika Perang Dunia Pertama berlaku?

Walaupun sebelum itu golongan Wahhabi telah menguasai Mekah dan Madinah dua kali, tetapi telah diambil semula oleh Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah. Dan golongan Wahabi dapat benar-benar menguasai Mekah dan Madinah setelah Perang Dunia Pertama dan kejatuhan Turki Othamniyyah. !!!

Rasulullah SAW telah memberi tanda isyarat yang cukup banyak tentang kemunculan Wahabi. Subhanallah.

Komen:
• Adalah satu perkara yang maklum bahawa Ibn Abdul Wahhab menyuruh pengikutnya yang baru mengikutnya supaya bercukur kerana dakwaannya kononnya rambut yang lama telah tumbuh ketika pengikutnya itu masih dalam keadaan kufur.
• Adalah satu perkara yang maklum golongan Wahhabi berpegang dengan pendapat haram memotong janggut walapun panjang. Maka kita dapat mengenal golongan Wahhabi dengan hanya melihat janggut mereka (walaupun tidak semua yang begitu adalah Wahhabi).
• RENUNG-RENUNGKAN HADIS DAN KATA ULAMA’ DI ATAS


Kesimpulan

Sifat-sifat golongan Wahhabi yang dinyatakan di dalam hadis yang telah kami nyatakan:
• Keluar dari arah timur (Hadis. 1 & 3)
• Keluar daripada Najd (Hadis No. 2)
• Berslogan dengan al-Quran tetapi tidak memahaminya dengan sebenar-benar kefahaman. (Hadis 3)
• Tanda mereka adalah bercukur: (Arahan Muhammad Ibn Abdul Wahhab kepada para pengikutnya) (Hadis No. 3)
• Keluar ketika manusiaberpecah belah (selepas perang Dunia Pertama: Golongan Wahhabi berjaya menjatuhkan Empayar Turki Othmaniyyah) (Hadis No. 3)
Dan banyak lagi…harap-harap golongan Ahli Sunnah amnya dan Wahhabi khasnya dapat pertimbangkan hadis-hadis ini apabila kami selesai mengeluarkan banyak lagi hadis dan kata-kata para ulama’ yang lain berkaitan kemunculan Wahabi..banyak lagi….


Menilai Kedudukan Rasulullah SAW Di Dalam Ajaran/Fahaman Wahabi
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan nama Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum,

Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang disebut di Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun perkara ini telah pun diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam sanggahan dan penolakan mereka terhadap fahaman Wahhabi.

Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada Allah SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis. [Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].

Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami mencapai kesimpulan bahawa fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat dan kecintaan serta keagungan kepada Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah:

• Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.

• Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.

• Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.

• Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.

• Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.

• Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW.

• Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.

• Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

• Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.

• Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.

• Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.

• Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.

• Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari itu.

• Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untuk menolak perkara ini.

• Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.

• Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.

• Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.

• Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.

• Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya Allah Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]

• Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak dikeluarkan.

• Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.
• Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan.
Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah SAW.

Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]". Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].

Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW.

Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:

• Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?

• Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam?

• Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?
Fikir-fikirkanlah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment