Monday, July 19, 2010

Beban Hidup Di Dunia


Wahai Yang Maha Agung dan Maha Tahu
DariMu datangnya pasang dan surut lautan diriku
Sebentar tenang lautan itu
Sebentar berombak tidak menentu

Wahai Tuhanku
Bimbinglah aku
Satu jalan bukan seribu
Jalan lurus menujuMu

Aku ibarat unta membawa beban berat
Aku berjalan sudah penat
Lepaskanlah aku dari beban sebegini sarat
Agar dapat di padang RahmatMu berihat

Dalam wujudku* sejak zaman dahulu
Aku berterbangan ke sini ke situ
Tanpa sengaja tanpa dayaku
Seperti kapas ditiup bayu

Meskipun aku lupa keadaan litu
Namun terbayang kembali dalam tidurku
Kerana dalam tidur aku terlepas dari belenggu
Belenggu empat unsur** pada badanku

Bila lepas dari belenggu
Masuklah aku ke Padang RahmatMu
Mengecapi udara nyaman masa silamku
Di alam luas tempat asalku

Wujud di dunia seperti dalam penjara
Bagi ruh yang suci mulia
Di sini bukan kampungnya
Rindu nak kembali menyiksanya.

Penjelasan maksud

* - Wujud kita ini bukan bermula dari masa kita lahir ke dunia. Itu hanya sebahagian kecil dari wujud kita yang tidak ada kesudahannya. Wujud kita di dunia ini adalah ibarat sebutir pasir dalam Lautan Sahara yang maha luas. Wujud kita menurut orang-orang Sufi berasal dalam Ilmu Allah.

Firman Allah SWT:
Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata (Lauh Mahfuz). (Surah 10:61)

Firman Allah SWT:
Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quranul Majid; yang tersimpan dalam Lauh Mahfuz. (QS 85:21-22)

Alam yang tidak tertakhluk kepada ruang dan waktu. Dari alam ghaib itu kita lahir ke dunia melalui rahim ibu. Kita tidak akan edar lagi alam ghaib itu jika tidak disedarkan oleh Tuhan melalui orang-orang keruhanian. Dari wujud di dunia ini , kita kembali ke alam barzakh, kemudian ke Padang Mahsyar dan seterusnya ke neraka atau syurga. Kita hidup selama-lamanya. Itulah wujud kita, dari alam yang tidak kita sedar awalnya hingga sampai ke akhirat yang tidak ada kesudahan dan akhirnya.

** - Empat unsur: Angin, Air, Api, Tanah. Inilah 4 unsur alam fizikal atau Alam Ajsam ini. Alam Ajsam ini terdiri dari 4 unsur tersebut.

- Wali Allah As-Syeikh Jalaludin Rumi.

No comments:

Post a Comment