Sunday, July 18, 2010

Imam Ali KW, Sebaik-baik Umat Muhammad SAW, Paling Tinggi Ilmu dan Yang Paling Bijak.

Sabda Rasulullah saw: “Telah kunikahkan engkau –wahai Fathimah- dengan sebaik-baik umatku yang paling tinggi dari sisi keilmuan dan paling utama dari sisi kebijakan…”.

Jamii’ al-Jawami’ Jil:6 Hal:398, karya as-Suyuthi.

1. Sabda Rasulullah saw: “Ali adalah gerbang ilmuku dan penjelas bagi umatku atas segala hal yang kerananya aku diutus setelahku”.

Kanz al-Ummal Jil:6 Hal:156, karya al-Muttaqi al-Hindi.


2. Berkata ummul mukminin Aisyah: “Ali adalah peribadi yang paling mengetahui dari semua orang tentang as-Sunnah”.

al-Istii’ab Jil:3 Hal:40, karya al-Qurthubi, atau Tarikh al-Khulafa’ Hal:115 karya as-Suyuthi.

3. Berkata Umar bin Khattab: “Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku dalam kesulitan tanpa putera Abi Thalib (di sisiku)”.

Tadzkirah al-Khawash Hal:87, karya Sibth Ibn al-Jauzi.

4. Berkata Ibnu Abbas: “Demi Allah, telah dianugerahkan kepada Ali sembilan dari sepuluh bahagian ilmu. Dan demi Allah, ia (Ali) telah ikut andil dari satu bahagian yang kalian miliki”.

al-Istii’ab Jil:3 Hal:40.

5. Dalam nukilan kitab lain ia berkata: “Tidaklah ilmuku dan ilmu para sahabat Muhammad saw sebanding dengan ilmu Ali, sebagaimana setetes air dibanding tujuh lautan”

Al-Ishobah Jil:2 Hal:509, karya Ibnu Hajar al-Asqolani, atau Hilliyah al-Auliya’ Jil:1 Hal:65.

6. Berkata Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya al-Quran turun dalam tujuh huruf. Tiada satupun dari huruf-huruf tadi kecuali didalamnya terdapat zahir dan batin. Dan sesungguhnya Ali bin Abi Thalib memiliki ilmu tentang zahir dan batin tersebut”.

Miftah as-Sa’adah, Jil:1 Hal:400.

7. Berkata ‘Adi bin Hatim: “Demi Allah, jika dilihat dari sisi pengetahuan terhadap al-Quran dan as-Sunnah, maka dia –iaitu Ali- adalah peribadi yang paling mengetahui tentang dua hal tadi. Jika dari sisi keislamannya, maka ia adalah saudara Rasul dan memiliki senioriti dalam keislaman. Jika dari sisi kezuhudan dan ibadah, maka ia adalah peribadi yang paling nampak zuhud dan paling baik ibadahnya”.

Siar A’lam an-Nubala’ (khulafa’) Hal:239, karya adz-Dzahabi.

8. Berkata al-Hasan: “Telah meninggalkan kalian, peribadi yang kelmarin tiada satupun dari peribadi terdahulu dan akan datang yang dapat menandingi keilmuannya”.

Al-Bidayah wa an-Nihayah Jil:7 Hal:332.


Masih banyak lagi hadis-hadis pengakuan Nabi beserta para sahabatnya yang menyatakan akan keluasan ilmu Ali dalam kitab-kitab standard Ahlusunnah.

Sekian. Semoga dengan ini kita memperoleh taufik dan hidayah daripada Allah.

No comments:

Post a Comment