Kitab: Al-Mahabbah, Asy-Syauq wa Al-Redha (Rindu, cinta dan redha)
Pengarang Al-Imam An-Nawawi Rahimullahu Anhu
Berikut adalah petikan Kitab karangan Imam Nawawi.
Imam Nawawi RA adalah ulama Mazhab Syafi'e yang termasyhur. Dan semua bahasa adalah dari terjemahan Arab ke bahasa Melayu. Dan tiada 'pindaan' langsung, harap maklum.
Permasalahan cinta yang hendak diungkapkan di sini tidak akan tercapai kecuali memahami hakikat mahabbah itu sendiri. Kemudian mengetahui pula syarat-syarat dan sebab-sebabnya. Setelah itu perhatikan pula kejelasan maknanya.
1. Adanya Pembuktian
Pertama yang perlu diperjelas adalah, perkara cinta (mahabbah) tidak digambarkan kecuali telah diketahui dan dibuktikan. Kerana seseorang tidak akan jatuh cinta kecuali terhadap perkara-perkara yang telah dikenalinya. Kerana itu perkara cinta tidak dapat dilukiskan dengan sesuatu sifat yang jumud. Bahkan perkara cinta termasuk ciri khas kehidupan orang yang berakal. Orang berakal itu sendiri terbahagi menjadi:
a. Perkara yang selari dengan tabiat yang masuk akal, dicela dan dirasakan kelazatannya.
b. Perkara yang dinafikannya, dijauhinya dan dicelanya.
c. Perkara yang tidak perlu dicela dan dirasakan kelazatannya.
Jadi, setiap perkara yang dipandang sedap dan menyenangkan menurut akal, jelas disukai oleh seseorang yang berfikiran begitu. Apa pun yang dipandang menyakitkan oleh akal, jelas tidak disukai oleh orang yang berfikiran begitu. Perkara apa pun yang tidak bebas dari penderitaan yang menyakitkan atau kelazatan, maka tidak disifati sebagai perkara yang disukai atau dibenci.
Setiap perkara yang dirasakan lazat tentu disukai oleh orang yang meraskan kelazatannya. Jadi, perkara yang dicintai (sukai) itu adalah, bahawa secara tabi'i memang ada perkara yang cenderung kepadanya. Begitu pula maksud: Perkara yang dibenci, bahawa secara tabi'i ada perkara yang menjauhinya. Dari penuturan itu maka yang disebut al-Hubb (cinta) adalah kecenderungan tabiat kepada sesuatu yang menyenangkan. Jika kecenderungan itu semakin kuat ia disebut al-Isyq (Rindu).
Benci adalah penghindaran tabiat dari perkara yang menyakitkan dan memberatkan (sukar). Apabila penghindaran tabiat itu semakin kuat, ia disebut benci. Demikian asal mula hakikat makna al-Hubb atau cinta yang perlu sekali difahami.
2. Boleh Diterima Akal
Landasan dasar kedua adalah: cinta mengikuti perkara yang masuk akal. Mengetahui pembahagian permasalahan ini secara terperinci sangat diperlukan. Sebagaimana kepentingan untuk mengetahui lebih jelas tentang pembahagian perkara-perkara yang dapat diterima akal dan indera. Setiap indera mempunyai pemahaman yang bervariasi daripada perkara-perkara yang dapat diterima akal (difahami). Tabiat itu sendiri berdasarkan pada sebab-sebab kelazatan itu cenderung kepadanya, maka kedukaannya teramat disukai menurut tabiat yang sihat.
Dari sana maka: Kelazatan mata terletak pada pandangan memperoleh pandangan-pandangan yang indah, gambar yang menyenangkan lagi cantik, sedap dipandang. Kelazatan telinga pada lagu-lagu yang bagus dan serasi. Kelazatan daya penciuman terletak pada kekuatan bau-bauan yang wangi. Kelazatan rasa terletak pada makanan. Kelazatan raba terletak pada kelembutan atau kehalusan.
Apabila perkara-perkara yang diperolehi melalui inderawi terasa lazat, ertinya perkara itu disukai. Begitu pula setiap tabiat dipastikan selalu cenderung padanya. Hingga Rasulullah SAW mengatakan:
" Dari dunia ini yang aku sukai ada tiga jenis: Wangi-wangian, wanita dan kekhusyukan dalam solat ".
(Hadis riwayat an-Nasa'i dari Anas ra)
Di situ wangi-wangian termasuk keutamaan perkara yang dicintai. Padahal sudah jelas bahawa wangi-wangian tidak terletak di mata atau pendengaran, Wangi-wangian terletak pada daya cium sahaja. Begitu pula wanita, ia masuk dalam perkara yang dicintai. Bahagiannya terletak pada pandangan dan peradaban. Bukan pada alat penciuman, pendengaran dan rasa. Solat termasuk dalam perkara yang paling dicintai. Padhal solat tidak berada dalam hati kecil. Orang tidak menemukannya di situ. Solat hanya dapat diperolehi melalui "rasanya" bagi orang yang mengerjakan sepenuh hati.
Kelazatan "rasa" yang diperolehi melalui lima indera, di antara manusia dan haiwan, sesungguhnya mempunyai kesamaan jika indera itu hanya dibatasi pada lima jenis sahaja. Hingga kerana itu dikatakan, " Allah tidak dapat dirasakan melalui indera dan tidak juga dapat digambarkan dalam bentuk rekaan. Maka Dia tidak dapat dicintai ". Jika demikian dasarnya hilanglah kekhasan manusia berikutan perkara yang berbeza olehnya, termasuk indera lima yang sesungguhnya dapat diterangkan secara jelas. Mungkin diterangkan menurut akal, dengan nur, dengan hati atau melalui penjelasan-penjelasan lain yang mampu anda lakukan.
Yang benar pandangan batin (Al-Bashirah al-Bathiniah) intuisinya jauh lebih lebih kuat berbanding pandangan secara telanjang (Al-Bashiru al-Zhahiru) yakni mata. Ketajaman hati lebih kuat dalam memperolehi pandangan daripada mata. Keindahan perkara-perkara tersembunyi yang hanya dapat ditemukan oleh akal, tingkatannya lebih utama daripada keindahan gambaran yang tampak oleh mata.
Jadi kelazatan yang dirasakan hati terhadap perkara-perkara utama keIlahian yang dijumpai melalui akal, berbanding perkara-perkara yang kelihatan jelas dapat dirasakan oleh indera, tingkatannya jauh lebih sempurna. Kerana itu setiap tabiat yang sihat memiliki kecenderungan kepadanya, dan itu lebih kuat datangnya. Maka tidak ada erti lain bagi kata al-Hubb kecuali kecenderungan pada perkara-perkara yang diraskan lazat.
Jika demikian, tidak perlu lagi diragukan, bahawa cinta kepada Allah mengecualikan orang yang menempati kedudukan jenis haiwani. Kerana bagi mereka ini tidak akan memperolehi rasa selain melalui inderawi sahaja.
3. Dorongan nafsu
Dasar ketiga, bahawa manusia, tidak diragukan pasti mencintai dirinya sendiri. Tidak diragukan pula mereka mencintai orang lain disebabkan dorongan nafsunya sahaja. Apakah dapat digambarkan seseorang mencintai yang lain kerana dorongan zatnya semata, dan bukan kerana nafsunya? Soalan seperti inilah yang sewaktu-waktu muncul dari kalangan dhuafa' (orang-orang yang berpandangan lemah). Sehingga mereka mengira bahawa mencintai orang lain tidak dapat digambarkan sebab zatnya sendiri, selama belum ada imbangan kecintaan yang diperolehi dari perkara yang dicintai, selain perasaan zatnya.
Yang jelas perkara ini dapat digambarkan dan diwujudkan dalam bentuk nyata.
B. Jenis-jenis Cinta
1. Mencintai Diri Sendiri
Perkara yang dicintai oleh setiap manusia yang hidup adalah diri zatnya sendiri. Mencintai diri sendiri ertinya, mempunyai kecenderungan untuk tetap ada. Ia berusaha keras menjauhi ketiadaan dan kehancurannya. Sebab perkara yang dicintai oleh tabiat itu merupakan perkara-perkara yang boleh menyakitkan bagi yang dicintai . Adakah sesuatu yang lebih besar disingkirkan dan dilawan olehnya daripada ketiadaan dan kehancurannya.. Itulah yang dicintai menusia , iaitu 'dawamu al-wujud', ingin selalu ada.
Sebaliknya tidak suka tenggelam dan mati. Bukan kerana takut akibat apa yang akan dialami setelah kematian, bukan pula kerana takut semasa menghadapi sakratul maut yang selalu disingkirkan mereka. Bahkan kalaupun mereka menemui kematian tanpa rasa sakit, atau mereka dimatikan tanpa ada pahala dan siksa, nescaya mereka tetap tidak mengkehendaki mati. Mereka jelas selalu membenci mati. Orang tidak akan pernah ada yang suka (memilih) mati, kecuali bagi yang terus menerus mengalami penderitaan hidup.
Apabila seseorang mengalami cubaan, pertama sekali yang dikehendaki adalah segera bebas dari cubaan itu. Kalau kematian lebih disukai, ia tetap tidak menyukainya. Kerana dengan begitu dirinya mati (lenyap dari peraturan hidup). Sekalipun dalam kematian dan kematian tetap saja dibenci. Ia tetap ingin wujud, hidup selalu, hal yang disukai.
Seperti halnya ingin tetap selalu hidup cenderung disukai, maka semua perkara yang ada (Al-Wujud) juga disukai. Kerana suatu perkarayang kurang jelas tidak terlepas dari kekurangan. Sesuatu yang kurang itu sendiri tidak dapat dijadikan sandaran, sebab tidak mempunyai kekuatan. Jadi ia patut menjadi "rosak". Padahal ketiadaan (Al-'adamu) atau pun kematian adalah suatu perkara yang dibenci menurut ukuran sifat dan kesempurnaan wujud. Sebagaimana dia (ketiadaan dan kematian) tidak disukai (Al-mamqut) menurut asal zat. Sedangkan asal wujud yang bertahan lama itu disukai. Itulah naluri yang ada dalam tabiat sesuai sunatullah:
" Sekali-kali kamu tidak akan menjumpai perubahan bagi sunatullah..."
(Al-Fath:23)
Jadi urutan yang pertama yang dicintai manusia adalah zatnya sendiri, kemudian keselamatan dan kesihatan badannya. Kemudian hartanya, anak-anaknya, keluarganya dan teman-temannya. Anggota-anggota badannya dicintai sekali, kesihatan teramat diperlukan kerana kesempurnaan wujud dan mampu bertahan lama terletak padanya. Harta kekayaan dicintai kerana dia merupakan alat untuk mempertahankan wujud dan kesempurnaannya. Begitu pula semua perntara=perantara (Al-Asbab) yang menghantarkan ke arah itu.
Ertinya manusia mencintai perkara-perkara itu, bukan kerana dirinya (perkara) tadi. Tetapi tujuan mengikat bahagian untuk membantu ketahanan wujud dan kesempurnaan dengannya. Hingga manusia mencintai anak-anaknya, walaupun tidak memperolehi bahagian daripadanya. Malah lebih sering menjadi beban berat bagi dirinya. Sebab anak-anak merupakan generasi penerus yang tetap wujud (ada) setelah kematiannya.
Jadi adanya keturunan yang bersambung dari dirinya, termasuk menambah wujudnya mampu bertahan (tetap wujud). Dengan demikian melahirkan kecintaan untuk mempertahankan wujud dirinya, adalah mencintai wujud orang yang menempati kedudukannya. Seakan-akan ia bahagian dari dirinya. Hanya kerana dirinya terlalu lemah memenuhi keinginan untuk mempertahankan wujud lebih lama.
Seandainya diberikan alternatif antara bunuh diri dan membunuh anaknya, sementara tabiatnya menitis pada generasi penerusnya (anak). tentu lebih memilih ingin mempertahankan hidupnya daripada hidup anaknya. Sebab wujud kehidupan anaknya "hanya" menyerupai wujud dirinya sendiri dari satu sisi sahaja. Ia bukan wujud kehidupan hakiki.
Begitu pula kecintaan kepada saudara mara dan keluarga. Semua kembali pada kecintaannya untuk mendukung kesempurnaan wujud dirinya. Kerana ia melihat dirinya lebih banyak bergantung kepada mereka. Ia sanggup hadir mengagumkan kerana memperolehi dukungan kuat mereka. Ia menjadi baik memperolehi dukungan kesempurnaan mereka.
Jadi, keluarga, kekayaan dan hal-hal lain yang bersifat zahiriah seperti: perlindungan yang dapat mendatangkan kesempurnaan seseorang dan menyempurnakan kehidupannya, maka kedudukannya sangat dicintai secara naluri.
Kalau demikian perkara yang paling utama dicintai oleh setiap manusia adalah zatnya sendiri, dan kemampuan untuk mempertahankan semua itu dalam jangka masa yang lama. Sebaliknya, yang dibenci manusia adalah setiap perkara yang menjadi sebaliknya. Inilah permasalahan pertama menyangkut permasalahan cinta.
2. Perbuatan Baik
Sesungguhnya manusia itu suka akan perbuatan baik. Hati manusia sebenarnya sering berteriak mencintai orang yang berbuat baik kepadanya, dan membenci orang yang berbuat jahat kepadanya.
Dalam doanya Rasulullah SAW memohon:
" Wahai Allah, janganlah Engkau jadikan orang yang suka berbuat dosa (Al-Fajir) menjadi penolongku, lalu menyebabkan hatiku mencintai mereka ".
(Riwayat Abu Manshur ad-Dailami dari Mu'adz bin Jabal)
Permohonan itu menunjukkan bahawa kecintaan hati kepada orang yang berbuat kebajikan, memaksanya tidak mampu menolak. Perkara itu merupakan tabiat yang tidak dapat diubah. Penyebab-penyebab inilah yang membentuk cinta seseorang kepada orang lain yang tidak memiliki hubungan kekerabatan apa pun.
Hal ini boleh terjadi kecintaan itu menguat kembali ke sebab-sebab pertama. Kerana orang yang berbuat baik itu menurut ukuran tersebut adalah orang yang tidak melebihkan kekayaan , material dan semua perantara yang menghubungkan kepada ketahanan wujud dalam jangka masa yang panjang. Dan, kesempurnaan wujud menghasilkan bahagian yang mengatur wujud.
Kecuali yang membezakan, bahawa tubuh badan manusia sangat dicintai. Sebab anggota tubuh badan itu mempunyai kepentingan di dalam menyempurnakan kedudukannya, iaitu bentuk kesempurnaan yang diperlukan. Adapun perkara yang bagus bukanlah sesuatu zat penyempurna yang diperlukan, tetapi kadang-kadang menjadi sebab kesempurnaan. Misalnya, tabib , melalui tangan mereka, orang mampu mempertahankan kesihatan anggota tubuh badan. Dari sana dapat dibezakan antara mencintai kesihatan secara mencintai tabib sebagai penyebab sihat. Kerana kesihatan secara zat selalu diperlukan. Sedangkan tabib dicintai bukan kerana zatnya, melainkan kerana menjadi perantara datangnya kesihatan.
Begitu pula, ilmu dicintai, guru juga dicintai. Tetapi orang mencintai ilmu kerana zatiah ilmu. Guru sangat dicintai kerana menjadi perantara tercapainya ilmu yang dicintai. Sama halnya makanan, minuman dan wang. Semua jenis perkara itu disukai. Tetapi makanan disukai orang kerana zatiahnya sendiri. Sedangkan wang dicintai kerana menjadi perantara boleh digunakan untuk mendapatkan makanan. Jadi perbezaan itu dikembalikan pada perbezaan tingkat. Kalau tidak, maka setiap perkara dikembalikan pada kecintaan masing-masing manusia.
Setiap orang mencintai orang yang berbuat baik, disebabkan kebaikannya. Maka alangkah ia mencintai zatiahnya secara kuat. Tetapi mencintai perbuatan baiknya adalah sesuatu perbuatan di antara sekian banyak perbuatan yang dilakukan. Kalau perbuatan baik itu hilang (tidak dilakukan lagi), lenyap pula kecintaan itu menyertai wujud zatiahnya secara kukuh.Begitu pula jika kebaikan itu menyusut , berkurang pula kecintaannya. Kalau bertambah, bertambah pula kecintaan kepadanya. Jadi kecintaan itu berlaku antara "bertambah" atau "berkurang" sesuatu peningkatan kebaikan penyusutannya.
bersambung
No comments:
Post a Comment