Sunday, July 18, 2010

Cinta Sejati Hanya Hak Allah - Bhg 3

Kitab: Al-Mahabbah, Asy-Syauq wa Al-Redha (Rindu, cinta dan redha)
Pengarang Al-Imam An-Nawawi Rahimullahu Anhu

Berikut adalah petikan Kitab karangan Imam Nawawi.
Imam Nawawi RA adalah ulama Mazhab Syafi'e yang termasyhur. Dan semua bahasa adalah dari terjemahan Arab ke bahasa Melayu. Dan tiada 'pindaan' langsung, harap maklum


5. Adanya Kesamaan Bentuk

Adapun sebab-sebab kelima bagi orang yang mencintai adalah adanya kesamaan bentuk. Kerana kesamaan bentuk dengan suatu bentuk yang lain, itu menimbulkan kecenderungan. Kerana itu dapat anda buktikan: anak-anak berjinak-jinak atau bermesraan dengan sejenisnya. Orang alim bermesraan dengan sesamanya (orang alim), pada umumnya demikian. Begitu pula tukang kayu lebih berdekatan dengan yang satu kerjaya daripada dengan seorang petani.

Apabila unsur kesamaan menjadi sebab-sebab cinta, maka kesamaan tidak diragukan mempunyai erti jelas. Seperti kesamaan anak dengan anak dalam pengertian keanak-anakannya. Tetapi juga mempunyai erti yang tersembunyi (tidak jelas), sehingga pengertiannya tidak menyerlah, sebagaimana anda melihat pada ikatan antara beberapa orang tanpa memerhatikan keindahan atau keinginan memperolehi harta (material) atau yang lain.

Sebagaimana pernah diisyaratkan Nabi Muhammad SAW ketika baginda bersabda bermaksud:

" Arwah (bentuk jamak daripada roh) itu pasukan yang berderet-deret. Mereka tiada saling mengenali kecuali saling bermesraan, dan mereka tidak saling mengenali kecuali saling berselisih ".
(Al-Hadis)

Jadi saling mengenali identiti dengan saling bersetuju, dan saling tidak mengenali isentiti dengan saling berjauhan. Sebab-sebab itu juga menghendaki cinta kepada Allah disebabkan adanya kesesuaian batiniah yang tidak kembali pada kesamaan rupa dan bentuk. Tetapi kembali pada semangat batiniah yang dapat dijelaskan sebahagiannya melalui tulisan, dan sebahagian lagi tidak dapat dijelaskan secara bertulis. Bahkan dibiarkan tertinggal di bawah lapisan debu, hingga rahsianya dibuka oleh orang-orang yang menuju jalan kebenaran, ketika syarat-syarat melakukan perilaku yang benar.

Yang dapat dijelaskan melalui tulisan, misal: adalah hamba yang paling dekat persifatannya dengan Tuhan. Persifatan mana yang diperintahkan Tuhan supaya diikiuti dan lagi ia berakhlak dengan akhlak Rububiyah. Hingga dikatakan:

" Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah ".

Yang demikian dipraktikkan pada sifat-sifat terpuji dari beberapa sifat Ilahiyah, memberi kebaikan, menyayangi sesama makhluk, memberi kebenaran, mencegah segala perkara batil dan sebagainya yang termasuk dalam pendidikan syariat yang mulia. Semua itu mendekatkan (diri) kepada Allah SWT. Bukan bermakna mencari kedekatan tempat, tetapi dengan sifat.

Adapun kesamaan yang tidak dapat diterangkan secara khusus dan tidak boleh ditentukan bagi manusia adalah sebagaimana diisyaratkan Allah dalam sebuah ayat bermaksud:

" Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakan (wahai Muhammad) bahawa ruh adalah urusan Tuhan.."
(Al-Isra':85)

Jelas sekali bahawa permasalahan roh menjadi urusan Tuhan sahaja. Hal itu berada di luar batas akal manusia. Diperjelas pula dalam Firman Allah bermaksud:

" Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan roh-Ku ke dalamnya (Adam)".

Kerana itu Allah telah memerintahkan kepada bangsa malaikat untuk menghormatinya sambil ditunjukkan pada FirmanNya bermaksud:

" Sesungguhnya Kami menciptakan kamu sebagai khalifah di bumi ".
(Shaad:26)

Sesungguhnya Adam as tidak patut (layak) menempati posisi khalifah Allah di muka bumi kecuali didasarkan pada kesesuaian. Kesesuaian ini sebagaimana dijelaskan Nabi MUhammad SAW menjadi rumusan tetap. Rasulullah SAW mengatakan bermaksud:

" Sesungguhnya Allah menciptakan Adam as sesuai bentuknya ".
(Al-Hadis)

Hingga orang-orang yang berfikiran sempit mengira tidak ada bentuk selain bentuk yang kelihatan jelas (shurun zhaahiratun) yang boleh dirasakan oleh indera. Kerana itu maka mereka menyerupakan, menggambarkannya. Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam dari segala tuduhan orang-orang yang tidak mengerti (jahil) itu. Untuk memperjelas permasalahan, perhatikan firman Allah SWT kepada Nabi Musa as sebagaimana tercantum dalam hadis qudsi bermaksud:

" Aku sakit tetapi engaku tidak menjenguk Aku. Musa bertanya: Wahai Tuhan, bagaimana Engkau sakit " Allah menjawab: HambaKu fulan sedang sakit, tapi engkau tidak menjenguknya. Seandainya engkau menjenguknya tentu engkau menemukan Aku di sisinya ".

Kesucian itu tidak akan terlihat jelas kecuali melalui usaha menekuni sunnah-sunnah yang diperintahkan. Penekunan ini dikerjakan tentu sahaja setelah menunaikan tugas-tugas yang menjadi kewajipan.

Sebagaimana difiemankan Allah SWT dalam Hadis qudsi yang bermaksud:

" Tidak henti-hentinya hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan sunnah sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya tentu Aku menjadikan pendengarannya yang digunakan mendengarkan, dan menjadikan penglihatannya yang digunakan melihat dan menjadikan lisannya yang digunakan berbicara ".
(Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

Itulah topik yang mengharuskan menahan pencurahan di situ. Ramai orang yang tertipu menanggapi permasalahan itu, pemikirannya menjadi pendek, cenderung beranggapan pada kesesuaian zahiriah. Sedang bagi orang-orang yang sakit pemikirannya, berlebihan memberi makna sehingga melampaui "sekadar" kesesuaian, hingga difahami sebagai penyatuan di antara hamba dan Tuhannya (Al-Ittihad).

Ada pula yang mengatakan sebagai hulul. Sehingga di antara mereka ada yang berkata: Ana Al-Haq, aku adalah Tuhan. Kaum nasrani tersesat ketika memahami diri Nabi Isa as. hingga mengatakan: Huwa Allah, dia adalah Tuhan. Yang lain berpendapat: dalam peribadi Isa, hasut berbaju lahut. Segolongan lain mengatakan: jiwa Isa menyatu dengan tuhan.

Bagi orang-orang yang terbuka batiniyahnya mengetahui perubahan yang terjadi pada persesuaian, penyerupaan dan perubahan dan al-Hulul, yang penjelasan mengenai permasalahan itu berada dalam kawasan hakikat kerahsiaan, jumlah mereka tidak ramai. Boleh jadi Abu Hasan an-Nuri, jika dihubungkan dengan maqam ini, mampu mencapai ketika sedang dikuasai al-Wujud. Perkiraan itu tertuang dalam bait syair yang dikatakan orang:

Tidak henti-hentinya persahabatanMu turun
sebenar-benarnya
ketika turunnya membingungkan fikiran.
Tidak henti-hentinya mereka berlari untuk mencapainya
menyeberangi semak yang telah terpotong batangnya dan
tinggi tunggaknya, sehingga tapak kakinya bengkak-
bengkak dan koyak, lalu mati kerana itu.

Demikian sebab-sebab terbesar kecintaan yang paling kuat . Bentuk seperti itu merupakan kecintaan yang paling berkualiti dan terjauh. Minima kecintaan itu tetap ada. Itulah di antara sebab-sebab cinta yang diketahui. Kesimpulan yang membicarakan mengenai perkara itu telah sama-sama diketahui menjadi hak Allah sendiri. Bukan sejadar kata kiasan, tapi secara nyata. Atau menempati darjat tinggi, bukan darjat terbawah. Jadi cinta kepada Allah sahaja bagi orang-orang yang mempunyai pandangan, itu sesuatu yang dapat dihayati, sesuatu yang dapat diterima. Sebagaimana perkara-perkara yang mungkin dihayati bagi orang-orang buta mencintai selain Allah sahaja.

Lebih lanjut setiap orang yang mencintai makhluk disebabkan oleh beberapa sebab tersebut, maka terbayang untuk mencintai yang lain. Disebabkan adanya kebersamaan itu boleh menyusut dan kesempurnaannya tertahan. Seseorang tidak dapat diasingkan dengan menyifati sebagai orang yang dicintai , kecuali telah dijumpai orang yang telah menyertainya di sana. Kalau tidak ditemukan boleh jadi yang dijumpai tidak lain ialah Allah.

Kerana Dia tersifati oleh sifat-sifat itu, yang keseluruhannya merupakan puncak keagungan dan kesempurnaan. Lagi pula tidak ada sekutu bagiNya dalam perwujudanNya. Kemungkinan untuk membayangkan Dia: bagaimana bentukNya, juga tidak dapat dilakukan. Maka sudah pasti untuk mencintaiNya tidak memerlukan sekutu. Tidak ada kekurangan jalan untuk mencintaiNya. Dialah yang paling berhak dicintai. Kerana Dia adalah pangkal cinta dan kesempurnaan mencintai Allah disamakan dengan mencintai yang lain. Kerana tidak ada kesamaan sama sekali.

No comments:

Post a Comment