Monday, July 19, 2010

Musuh Manusia

Banyak sungguh musuh insani
Tidak nampak kerana tersembunyi
Hanya orang yang berhati-hati
Sebenarnya pandai bijak bistari

Musuh yang ghaib tidak kelihatan
Jahat dan baik berbagai keadaan
Sentiasa menggoda hati insan
Setiap saat setiap zaman

Bisikan syaitan membawa kejahatan
Ilham malaikat membawa kebaikan
Datang dari segenap jurusan
Untuk mempengaruhi diri insan

Tunggulah hingga kesedaran bertukar keadaan
Supaya dapat membezakan mana malaikat mana syaitan
Mana yang patut ditolak, mana yang patut diterimakan
Agar selamat dirimu insan.

- Wali Allah Syeikh Jalaludin Rumi

No comments:

Post a Comment