Sunday, July 18, 2010

Kisah Sufi - Si Pemurah


Ada seorang kaya dan murah hati tinggal di Bukhara. Kerana ia memiliki pangkat tinggi dalam hirarki yang tak kelihatan, ia dikenali sebagai pemimpin dunia. Ia membuat satu syarat bagi hadiah yang dibahagikannya. Setiap hari diberikannya emas kepada segolongan masyarakat yang sakit, janda dan seterusnya. Namun tak diberikannya apa pun kepada yang membuka mulut.

Tidak semua orang boleh berdiam diri.

Pada suatu hari tibalah giliran para hakim menerima hadiah. Salah seorang di antara mereka itu tidak boleh menahan diri mengajukan permohonan sebaik-baiknya.

Ia tidak diberi apa-apa pun.

Tetapi bukan usaha terakhir. Hari berikutnya orang-orang cacat diberi hadiah, dan ia pun pura-pura patah anggota badannya.

Tetapi si pemimpin mengenalnya, dan iapun tidak mendapatkan apa-apa.

Hari berikutnya ia kembali menyamar, menutupi wajahnya di antara golongan masyarakat yang berbeza. Ia dikenali lagi dan diusir.

Berulang kali ia mencuba namun semuanya tak berjaya.

Akhirnya hakim ini bertemu dengan seorang pengurus jenazah dan memintanya untuk membungkus dirinya dengan kain kafan. " Kalau si pemimpin lalu, mungkin ia nanti menganggapku mayat . Ia mungkin melemparkan wang untuk perbelanjaan penguburanku dan kau nanti kuberi bahagian ".

Dilaksanakan hal itu. Sekeping wang emas dilemparkan oleh pemimpin kepada bungkusan kafan itu. Hakim itupun mengambilnya, khuatir kalau pengurus jenazah itu mengambilnya lebih dahulu. Kemudian berkatalah ia kepada si pemurah itu, "Kau telah mengingkari hadiah untukku. Catat bagaimana aku telah mendapatkannya! "

" Tak ada yang kau boleh dapatkan dariku ". jawab orang yang pemurah itu, " sampai kau mati. Itulah makna kalimat rahsia 'orang harus mati sebelum ia mati '. Hadiah itu datang setelah 'kematian', dan tidak sebelumnya. Dan bahkan kematian ini pun tak mungkin ada tanpa pertolongan ".

- dari Wali Allah Jalaludin Rumi.

No comments:

Post a Comment